Tuesday, September 27, 2022

Jentera penerangan UMNO digesa dedahkan kelemahan kerajaan PH

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jentera penerangan UMNO di semua peringkat digesa supaya meningkatkan peranan dan tugasnya kerana parti kini berhadapan dengan cabaran besar.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, UMNO sedang berhadapan Kerajaan PH yang menggunakan segala kekuatan media untuk menutup kelemahan dan kegagalannya berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang baik.

“Hari ini begitu banyak kelemahan yang mereka lakukan. Maka jentera penerangan di semua peringkat mesti bergerak mendedahkan kelemahan yang mereka lakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Penerangan UMNO mesti menjadi jurubicara rakyat, membela dan menjaga kepentingan rakyat”, katanya.

Jelas Dr Shamsul Anuar lagi, jentera penerangan tidak cukup dengan penerangan secara bersemuka, sebaliknya mesti meningkatkan gerakan terutama sosial media bagi memperjelaskan pelbagai isu kepada rakyat.

“Kita mesti bergerak secara luar biasa dan berbeza sebagaimana dahulu. Hari ini media yang dulu bersama-sama kita, bukan lagi bersama-sama dengan perjuangan UMNO,” ujarnya.

Justeru jelas beliau, jentera UMNO mesti menggunakan kaedah dan pendekatan berbeza bagi menjayakan matlamat parti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru