Tuesday, September 27, 2022

Pastikan persatuan tidak bergerak secara haram

Secara Rawak

KUCHING: Kalau masih belum berdaftar, perlu segera lakukan pendaftaran selari dengan tuntutan Akta Pertubuhan 1966.

Itulah peringatan Jabatan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap mana-mana pertubuhan yang masih belum berdaftar dengan pejabat berkenaan.

Ketua Pengarah ROS Malaysia Masyati Abang Ibrahim berkata, pertubuhan yang tidak berdaftar boleh disifatkan sebagai pertubuhan haram.

“Jika mereka tidak berdaftar, persatuan tersebut tidak boleh menjalankan aktiviti,” katanya, sambil menambah bahawa pihak RoS boleh mengambil tindakan selari dengan tuntutan akta berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program #ros_care Jelajah HiPER’19 ROS Peringkat Zon Borneo (Bumi Kenyalang) yang dihadiri Pengarah ROS Sarawak Georgina Apphia Ngau di Mydin Petra Jaya di sini, semalam.

Kata Masyati, pihaknya memang ada menerima aduan terdapat pertubuhan yang tidak menjalankan aktiviti mereka walaupun sebenarnya kebanyakan persatuan di negeri ini adalah didaftarkan dengan RoS.

“Ya kita ada menerima aduan tidak berdaftar itu, tetapi menjalankan aktiviti mereka. Kami meminta mereka lakukan pendaftaran jika mereka mahu melaksanakan aktiviti,” katanya.

“Jika tidak, persatuan terbabit akan diambil tindakan kerana menjalankan aktiviti tanpa kelulusan,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru