KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus (PAS) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri tidak bersetuju keputusan kerajaan memprkenalkan gojek di negarai ni.

Saya tidak bersetuju dan membantah gojek dilaksanakan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sekalipun kebaikannya membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda dan menambah pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan, namun keburukannya lebih patut dihindarkan,” katanya.

Ini kerana, menurut beliau, gojek mendedahkan kepada pergaulan yang tidak patuh syariah antara penunggang dan pembonceng melibatkan jantina berlainan.

Ia juga, katanya, meningkatkan kadar kemalangan maut melibatkan motosikal dan menyebabkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam tidak diberi perhatian lebih baik.

Menurut Mohd Khairuddin, gojek menambah faktor pencemaran udara dan mendedahkan kepada berlakunya insiden gangguan seksual sama ada kepada penunggang atau pembonceng.