GOLAN: Tentera Israel tersalah tembak pesawat awam yang melintas ruang udara Dataran Tinggi Golan – wilayah sengketa Israel-Syria pada Rabu malam.

Jurucakap tentera Israel memberitahu agensi berita Belanda (DPA) personelnya menembak pesawat tersebut kerana menyangka ia pesawat pengintip Syria.

Namun, menyedari tertembak pesawat awam milik Israel sendiri, mereka menghentikan operasi.

Memetik Straits Times juruterbang pesawat berkenaan mengaku pada masa kejadiaan suasana sangat mencengkam.

Jarak pesawat berkenaan dengan operasi tentera itu hanya satu setengah meter.

Tentera Israel menjalankan siasatan ke atas insiden yang tidak sempat mengorbankan jiwa itu.

Israel merampas Dataran Tinggi Golan dari Syria pada Perang Enam Hari 1967 dengan dunia antarabangsa tidak pernah mengiktirafnya sebagai milik Israel.