NEW YORK: Debbie Geddes memancing di Danau Champlain, utara New York bersama-sama suaminya pada Jumaat.

Ketika pancingnya disentuh penghuni dasar, dia menariknya dan terkejut mendapati ikan bermulut dua dinaikkan.

Memetik laporan NDTV, Debbie berkata, “saya tak percaya yang saya lihat! Dua mulut! Namun ikan ini sihat. Luar biasa!”

Menurut Debbie dia dan suaminya melepaskan ikan itu kembali ke danau selepas merakam beberapa keping foto sebagaimana diberitahunya kepada Fox News.

Foto ikan itu diposting di Facebook oleh Knotty Boys Fishing sehingga viral di seluruh dunia.

Netizen yang mengaku ahli biologi memberi komen bahawa ikan tersebut berada dalam kategori kelainan bentuk.

Warganet lain mendakwa ikan itu ada kaitan dengan makhluk mitos di Danau Champlain.

Foto: FB Game & Fish/Sportsman Magazines