AMBON: Pihak polis Pulau Ambon dan Pulau-Pulau Lease memastikan, RAL, 54, suspek pemerkosaan kedua-dua anak perempiuannya, SL ,20,  dan NL, 22, dalam keadaan sadar setiap kali melancarkan aksi bejatnya.

Si ayah  memperkosa dua puterinya selama sembilan tahun.

Jurucakap Polres Pulau Ambon dan Pulau-Pulau Lease, Ipda Julkisno Kaisupy berkata, daripada keterangan yang diperoleh penyiasat, suspek tidak dalam pengaruh alkohol saat mencabuli mangsa.

“Daripada keterangan, suspek dalam keadaan sedar setiap kali mencabuli kedua-dua puterinya itu, dia tidak mabuk,” kata Julkisno seperti dilapor Kompas.com, Jumaat.

Jelasnya, pelaku juga dalam keadaan sedar setiap kali mengancam untuk membunuh kedua-dua puterinya jika mereka memberitahu kejadian itu kepada ibu dan juga keluarga yang lain.

“Sampai pada tingkat dia mengancam mangsa dengan parang  dia juga dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi minuman keras,” ujarnya.