KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang turut terkenal dengan kontroversinya, kini kembali dengan lagu “Cowok Baru” bersama-sama penyanyi Lucinta Luna dan penyanyi “Tak Tun Tuang” Upiak Isil.

Sebelum ini Aliff tampil bersama-sama Nur Sajat yang juga jutawan kosmetik melalui “Abang Nak Tegur” yang mencapai hampir 5 juta tontonan dengan 45,000 like dan dislike sebesar 361,000.

Manakala lagu “Bobo Di Mana” bersama-sama Lucinta Luna dan Nur Sajat mencapai 3.4 juta tontonan dengan 17,000 like dan 4,800 dislike.

Seperti “Abang Nak Tegur” setakat Khamis malam lagu terbaharu “Cowok Baru” sudah mencapai 370,698 tontonan dengan dislike mencapai 45,000 dan 23,000 like.

Aliff memberitahu beliau mengambil masa dua minggu menghadiri kelas vokal bagi tujuan rakaman lagu tersebut yag diakuinya 10 peratus menggunakan autotune.