BEIJING: Kini giliran China pula mengancam menjatuhkan sekatan kepada syarikat AS yang menjual pesawat F-16 kepada Taiwan.

China meminta AS menghentikan jualan 66 pesawat tempur F-16 bernilai AS$8 bilion (RM33.46 bilion) yang disepakati ketika Taipei cuba memperkuat pertahanan udaranya daripada pencerobohan tentera China.

Jurucakap Kementerian Luar China Geng Shuang berkata penjualan senjata AS kepada Taiwan melanggar undang-undang dan serta dasar “Satu China” yang diakui sebelum ini.

Namun, di bawah Taiwan Relation Act yang 1979, AS berjanji membantu Taiwan mempertahankan diri.

China tetap menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya di bawah dasar “satu China” ketika Taiwan berjuang kepada kemerdekaan.

China mengkritik penjualan senjata AS termasuk penjualan peluru berpandu Stringer dan kereta kebal AS$2.2 bilion pada Ogos.