KABINET secara prinsipnya dilapor bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, GoJek, di negara ini.

Sebaik sahaja tersebar berita berkenaan, timbul perdebatan hangat dalam kalangan rakyat, termasuk pemandu teksi yang saya temui di Kuala Lumpur semalam, tentang baik buruk kesan membenarkan perkhidmatan berkenaan.

Pihak yang tidak bersetuju berkata, ia bakal menyumbang kepada peningkatan jumlah kes kemalangan membabitkan motosikal di negara ini.

Ada pihak yang malah menyifatkan tindakan berkenaan sebagai langkah ke belakang. Hal ini kerana ia menggambarkan perkhidmatan pengangkutan awam negara masih lagi rendah, tidak cekap dan tidak moden sehingga perlu bergantung kepada perkhidmatanm GoJek.

Di Indonesia terdapat lebih sejuta pak GoJek. Ia sebenarnya berasal dari negara itu yang kemudian memperkenalkannya di Thailand dan Vietnam.Di Indonesia sahaja terdapat lebih sejuta tukang GoJek sejak diperkenalkan di Jakarta pada 2010 oleh Nadiem Makarim,warga Indonesia,  lulusan Harvard Business School.

Foto: Gojek.com

Ketika ini, gojek sudah tersedia di  lebih 70 kota di negara 270 jiwa dan 17,000 pulau itu.

Hingga Jun 2016, aplikasi Gojek sudah dimuat turun lebih 10 juta kali di GooglePlay pada operasi sistem Android.

Di Indonesia, Gojek menawarkan  perkhidmatan goSend commerce di mana pengguna yang membeli barangan di platform e-dagang boleh pilih opsyen penghantaran melalui gojek yang jauh lebih pantas berbanding penghantaran biasa.

Jadi, secara tidak langsung GoJek dapat memperkasa sektor e-dagang di Malaysia jika ia dibenarkan untuk beroperasi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pasti dapat  bekerjasama dengan gojek dan pemain-pemain e-dagang bagi merancakkan pembangunan ekonomi digital di Malaysia.

Lembaga Demografi Universiti Indonesia (LD FEB UI) menyatakan Gojek Indonesia menyumbang Rp 55 trilion kepada ekonomi Indonesia sepanjang 2018.

Angka ini meningkat dibandingkan dengan kajian sebelumnya yang menyatakan sumbangan Gojek sebesar Rp 44,2 trilion pada 2018. Namun, LD FEB UI menyatakan angka itu berdasarkan andaian hanya 75 peratus rakan aktif. Jika diukur andaian rakan aktif 100 peratus  maka sumbangan Gojek Indonesia menjadi sekitar Rp 55 trilion.

“Mereka melihat hidup menjadi lebih bermakna kerana dengan menjadi rakan Gojek, mereka dapat membantu banyak orang dan menebarkan kebaikan. Dalam konteks industri digital yang menganut sistem kerakanan seperti Gojek, makna kerja menjadi penting karena setiap orang punya pilihan dan autonomi dalam bekerja, yang mana ini lebih memberdayakan rakan,” kata Peneliti LD FEB UI Bagus Takwin dikutip CNBC baru-baru ini.

GoJek popular dengan penawaran perkhidmatan seru pandu, selain turut menawarkan perkhidmatan, selain perkhidmatan lain seperti tempahan makanan dan sebagainya.

Ya, siapa tahu selepas ini akan ada lagi khidmat Go lain seperti Go-kecantikan, pemesanan tiket, layanan pembelian ubat, layanan penghantaran barang runcit, pembayaran digital, dan seumpamanya seperti yang terdapat di Indonesia?

Saya pernah menggunakan perkhidmatan ini. Satu kelebihannya ialah ia dapat sampai lebih cepat di destinasi. Ketika saya ke Jakarta dua tahun lalu, saya terpaksa mendapatkan perkhidmatan itu kerana kalau menaiki teksi atau kereta sewa pasti lewat sampai di destinasi sedangkan mesyuarat perlu dihadiri. Jalan terbaik adalah dengan menaiki GoJek.

Namun, ada yang berpendirian bahawa perkhidmatan ini jika dibenarkan akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda termasuk siswazah universiti.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu memastikan mat motor di negara ini diberi peluang untuk dapatkan pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Ini langkah terbaik bagi mat motor jana pendapatan.

“Dalam kehidupan realiti, mat motor mahukan pekerjaan demi kualiti hidup yang lebih baik. Mereka juga mahukan peluang pekerjaan diberikan kepada mereka.

“Saya juga tidak dapat menerima hakikat bahawa perkhidmatan teksi motosikal dibanteras ini kerana ia hanya membunuh industri ini.

“Jika kita lihat perkhidmatan gojek yang dilaksanakan di Indonesia, mereka telah berjaya melahirkan lebih 2 juta peluang pekerjaan,” katanya dipetik berkata beberapa hari lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik sebagai berkata, Kabinet sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan membuat kajian berhubung mekanisme pelaksanaan serta undang-undang berkaitan khusus untuk perkhidmatan itu di Malaysia.

Yang pasti, perkhidmatan berkenaan akan memungkinkan golongan muda yang mempunyai motosikal membuat perniagaan kecil.

Sekiranya  perkhidmatan ini memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat,  sudah pasti ini sedikit sebanyak akan memberi saingan kepada perkhidmatan Grab.