KUCHING:  Dua lagi anggota polis berpangkat lans koperal ditahan kerana didapati positif dadah di Sarawak di bawah Operasi Blue Devil

Operasi itu dijalankan bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia yang dilancarkan sejak 13 Ogos lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, seorang anggota terbabit berusia 39 tahun, manakala seorang lagi anggota trafik berusia 33 tahun.

Kata beliau dalam satu kenyataan semalam.  kedua-dua anggota terbabit ditahan pada 16 dan 19 Ogos selepas diarahkan menjalani saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis syabu.

Sehingga semalam, enam anggota berpangkat rendah berusia 29 hingga 42 tahun telah ditangkap dan kini masih menunggu keputusan saringan air kencing daripada Jabatan Patologi.