OCOSINGO: Sepasang suami isteri yang masih bersedih selepas kematian anak mereka menerima kejutan sebaik sahaja membuka keranda yang dihantar oleh pihak hospital kepada mereka.

Di dalam keranda tersebut dipenuhi sampah.

Anak pasangan dari Ocosingo, Mexico itu dikatakan mengalami komplikasi sebaik sahaja dilahirkan dan dikejarkan ke unit rawatan rapi.

Dia bagaimanapun meninggal dunia sehari kemudian.

Mayatnya dimasukkan ke dalam keranda dan diambil oleh saudara pasangan itu dari hospital.

Namun, apabila dibuka keranda itu, mereka mendapati ia dipenuhi dengan sampah-sarap dan tiada mayat bayi di dalamnya.

Pasangan itu kembali ke hospital dan menuntut mayat anak mereka.

Kes tersebut mendapat perhatian pejabat kesihatan wilayah terbabit dalam siasatan lanjut telah dimulakan.