Tuesday, September 27, 2022

Jangan biarkan tindakan yang keruhkan keadaan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kebelakangan ini, beberapa isu timbul dan telah mewujudkan suasana yang tidak baik dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jika Kerajaan PH gagal membendungnya, keadaan boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin lebih parah.

“Dalam isu Zakir Naik, kedapatan pimpinan Kerajaan PH masih lagi bersikap sebagaimana mereka menjadi pembangkang dahulu.

“Mereka sendiri yang membuat kenyataan kenyataan yang mengelirukan terutama memetik ucapan tertentu di luar konteks sebenar dan dilihat sengaja menimbulkan suasana tenteram bagi menjayakan agenda parti atau diri sendiri,” katanya dalam kenyataan media.

Jelas beliau, ini suatu yang tidak adil kerana sebagai pimpinan kerajaan yang memerintah mereka mesti bertanggungjawab dan jangan bertindak seolah-olah mereka bukan kerajaan.

“Bersikaplah sebagai pemerintah dan sebuah kerajaan yang adil lagi saksama.Saya juga meminta Kerajaan PH dan pihak berkuasa supaya bertegas. Dan tidak membenarkan perlakuan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” tegasnya.

Katanya lagi, pihak berkuasa mesti bersikap adil dan menggunakan segala peruntukan undang undang yang ada bagi mengawal keadaan dan suasana.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru