KREMLIN: Ketika berlaku kemalangan semasa ujian peluru dengan bahan bakar nuklear minggu lalu, Rusia masih mendabik dada mendakwa senjata nuklearnya mengatasi kekuatan senjata Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata seperti dilaporkan Reuters, presiden Rusia
berulang kali mengakui Rusia menguasai teknik persenjataan melampaui kekuatan yang dicapai negara lain.

Presiden AS Donald Trump di Twitter mendakwa AS memiliki teknologi mirip roket Rusia Skyfall dan dikatakan lebih maju.

Rusia pula mendakwa senjata 9M730 Burevestnik miliknya mampu menjangkau jarak jauh dan rentan segala ancaman.

Namun dalam ujian tersebut, bahan bakar meledak di fasiliti tentera di Artika, pantai Laut Putih, pada Khamis minggu lepas mengorbankan lima pekerja.

Badan Nuklear Rusia Rosatom State Atomic Energy Corporation menjelaskan insiden berlaku ketika tentera menguji senjata baru di pantai Arkhangelsk.

Ledakan tersebut dilaporkan meningkatkan radiasi dekat Sverodvinsk menyebabkan orang awam panik.