Tuesday, June 28, 2022

Projek RTP percepat naik taraf sekolah luar bandar

Secara Rawak

MERADONG: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) banyak membantu pembangunan prasarana di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, peruntukan sepenuhnya daripada kerajaan negeri itu secara langsung mempercepatkan kerja-kerja naik taraf sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek RTP melibatkan naik taraf prasarana empat sekolah di Meradong iaitu SK Gemuan, SMK Meradong, SK Ulu Binatang dan SJKC Kai Sing.

“Empat projek naik taraf prasarana di empat sekolah berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM750,000,” katanya.

Datuk Ding berkata demikian semasa mengadakan lawatan dan pemantaun Projek RTP DUN Meradong, semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Meradong sentiasa komitmed dalam memastikan pelaksanaan projek RTP di kawasan berkenaan siap dalam tempoh ditetapkan.

Malah katanya, terdapat beberapa projek RTP DUN Meradong yang siap awal daripada tempoh ditetapkan.

“Ia jelas menunjukkan keutamaan dan kebajikan rakyat amat dititikberatkan oleh kerajaan negeri,” katanya. – Edisi UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru