BANGKOK: Seekor ikan yang diselamatkan dari pasar ikan di Thailand membuat orang ramai terkejut melihat keadaannya.

Biarpun ia sudah kehilangan ekor dan separuh badannya, namun ia masih bernyawa.

Ikan emas ini kehilangan separuh badannya selepas cuba melarikan dari dari kolam bersimen.

Kira-kira enam bulan lalu Watchara Chote terlihat ikan itu yang hanya tinggal separuh badan di sebuah tangki ikan di pasar. Dia menamakan ikan itu “l-half’.

Namun baru-baru ini “l-half’ mati selepas dibawa oleh Watchara ke serata kampungnya untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Menurut Watchara, sebaik sahaja berita kematiannya menjadi tular orang ramai menyumbang wang supaya “l-half’ dapat dikebumikan di dalam keranda.