CONNECTICUT: Seorang kanak-kanak lelaki yang kelaparan bertindak menghubungi talian kecemasan semata-mata kerana mahu memberitahu mereka bahawa dia lapar.

Hasilnya kediaman budak berusia 5 tahun itu didatangi polis yang menghantar piza kepadanya.

Manuel Beshara dari Connecticut, AS, dikatakan menghubungi talian kecemasan 911 memberitahu dia kelaparan.

Ekoran itu tiga pegawai polis datang ke rumahnya memeriksa keadaan budak tersebut.

Setibanya mereka di kediaman Manuel, dia bersama-sama kakaknya yang berusia 15 tahun berada alam keadaan selamat, malah kakaknya juga tidak tahu bahawa adiknya menghubungi talian tersebut.

Polis tersebut kemudian memberitahu Manuel talian kecemasan tidak boleh digunakan sebarangan lebih-lebih lagi untuk memesan makanan.

Namun selepas itu mereka bertiga membelikan sekotak piza untuk Manuel.