KUCHING: Kumpulan itu dipercayai telah mencuri 10 kenderaan di Padawan, Kuching dan Samarahan.

Mereka fikir mereka dapat terus melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

Tetapi ternyata jangkaan mereka silap. Akhirnya mereka kecundang.

Seorang lelaki  warga Indonesia dipercayai ketua ‘Geng Angke’ ditangkap polis dalam satu operasi sekitar jam 10.30 pagi di Kota Sentosa semalam dan mengaku terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal bersama-sama dua lagi rakan subahatnya.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, suspek dicekup selepas dikenal pasti anggota dari Cawangan Tugas-Tugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ketika rondaan.

Jelasnya, suspek semasa menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam.

“Suspek mengaku terbabit dalam sekurang-kurannya 10 kes kecurian kenderaan di kawasan IPD Padawan, Kuching dan Kota Samarahan,” kata Aidil dalam satu kenyataan.