NANJING: Enam staf perubatan termasuk seorang doktor, ditangkap di China didakwa mencuri organ secara haram dari anggota pesakit.

Thepaper.cn melaporkan pada Rabu, pesakit bernama Ping mengalami mati otak setelah diserang anak lelakinya dengan kapak di Anhui, tenggara China pada Februari tahun lalu.

Anak lelaki Li yang lain bernama Shi Xianglin yang juga cedera dalam serangan itu mengatakan keluarganya diberitahu mendapat 200,000 yuan (RM120,000) dalam bentuk subsidi kerajaan jika bersetuju menyumbangkan organ Li.

Li dibawa ke hospital di Nanjing bagi tujuan pengambilan organ. Anaknya Shi curiga setelah mengetahui kebenaran pembedahannya belum diisi lalu dia menghubungi Pusat Pengurusan Derma Organ China.

Namun, kakitangan Palang Merah yang membantu menjalankan pusat derma organ mengatakan kepadanya kerajaan tidak memberi sebarang sumbangan bagi tujuan tersebut.

“Derma organ adalah percuma,” kata jurucakap Palang Merah Huaiyuan, Li Hu menurut South China Morning Post pada Khamis. Akhirnya siasatan dijalankan.

Dia juga memberitahu penyiasat dia menerima bayaran sebesar 460,000 yuan (sekira RM274,000) melalui perantara agar dia menutup mulut.

Yang dan lima pekerja lain dari hospital Nanjing ditangkap dan pada Mei 2019 mereka dituduh menghina mayat dan dapat dijatuhi hukuman tiga tahun penjara.