JOHOR BAHRU: Pergaduhan membabitkan tiga lelaki di Lebuh raya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini menarik perhatian pengguna lebuh raya berkenaan.

Ada yang sempat merakamkannya, lalu video terbabit segera  tular dalam laman sosial Facebook.

Dalam video berdurasi 19 saat itu,  dua lelaki didapati menendang dan menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar.

Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan berkata, laporan telah dibuat mangsa di balai polis berdekatan kira-kira pukul 7.37 pagi Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Isnin selepas mangsa dikatakan memotong dan memasuki laluan kereta suspek.

Dalam tempoh berkenaan, lalu lintas sesak di lebuh raya berkenaan.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat pelanggaran kereta. Mangsa dimarahi dan ditumbuk sebelum kedua-dua suspek beredar,” mengenai  lelaki warga Singapura berusia lingkungan 30-an itu.

“Kita masih menyiasat kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.