KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berazam menyelesaikan kes pembunuhan dengan mengenal pasti  rangka individu yang rentung teruk, serta menjejaki pembunuhnya

Pada Ahad,  rangka manusia dengan kesan terbakar  ditemui orang awam di Jalan Pelabuhan, Pending.

Dua orang pencari besi buruk oleh dua lelaki dari Bintawa.

Selepas mesyuarat intensif,  beberapa anggotanya diketuai Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai bersama-sama anggota dari Unit Anjing Pengesan Polis (K9) berada di lokasi sejak jam 10 pagi.

Tujuan hanya satu: Tekad menjejaki pembunuh kejam dan identiti mangsa.

Anggota terbabit juga cuba mengesan senjata yang digunakan dalam pembunuhan berkenaan.

Sampel tanah di lokasi  turut diambil bagi mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk membakar mayat mangsa.

Denis berkata, pihaknya hanya dapat mengesahkan mayat tersebut ialah mayat orang dewasa, namun identitinya belum dapat dipastikan.

“Pembunuhnya tidak mahu kami mengenal pasti mayat, justeru merencatkan kemajuan kes ini. Tetapi kami pasti akan dapat mengenal pasti dan menjejaki pembunuh,” katanya.

Denis menyeru orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau memberi jaminan, identiti mereka akan dirahsiakan.