KUCHING: Sebanysk 37 buah sekolah daif di Sarawak dikemukakan dalam senarai keutamaan untuk dibaik pulih.

Senarai berkenaan, menurut Menteri Pendidilan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dikemukakan Kerakaan Sarawak kepada Kementerian Pendidikan untuk dibaik pulih.

Datuk Seri Michael Manyin berkata, tender untuk baik pulih dan membina semula sekolah daif dan usang masih belum dikeluarkan kerana belum terdapat arahan daripada Kementerian Kewangan.

“Sarawak telah membayar RM350 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi membaik pulih dan membina sekolah daif,” katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Jelasnya, sebaik sahaja ada arahan, tender terbuka akan dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

Katanya lagi, pelancaran projek terbabit akan dilakukan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada tarikh yang akan ditetapkan.