KOTA SAMARAHAN: Keadaan iklim dan tanah yang sesuai memungkinkan Sarawak berpotensi membangunkan ladang buluh.

Untuk itu, Kerajaan Sarawak telah meluluskan pembangunan industri buluh.

“Sebanyak 13 spesies buluh ditanam di kawasan seluas 25 hektar kawasan Hutan Simpan Sabal berdekatan Balai Ringin sejak enam bulan lepas,” jelas  Penolong Pengurus Besar Pengurusan Sumber, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Jelasnya, ia sebagai projek perintis bagi memperkenalkan produk baharu di negeri ini, selain kayu.

Jelasnya, antara spesies yang ditanam  ialah ‘Dendrocalamus Latiflorus’, ‘Gigantochloa Levis’, ‘Bambusa Nana’, ‘Dendrocalamus Asper’ dan ‘Schizostachyum Brachycladum’.

“Kami dalam proses memperkenalkan produk baharu di Sarawak,” ujarnya ketika ditemui media pada Majlis Ibadah Korban anjuran Surau Pusaka di Kompleks Industri Perabot Pustaka (KIPPKS) di sini, semalam.

“Kami sedang berusaha menanam semula hutan dengan tanaman buluh,” katanya

Beliau berkata,  satu lawatan telah diadakan ke Anji, China baru-baru ini bagi mempelawa sebuah kilang pembuatan produk buluh membuka cawangannya di Sarawak.