Thursday, September 29, 2022

Kerjasama sawit: Abang Johari sambut baik cadangan Jokowi

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan rancangan Kerajaan Indonesia untuk memindahkan pusat pentadbiran negara itu ke Kalimantan kerana percaya ia akan membawa kepada keadaan menang-menang.

Ketika ditanya pemberita di sini semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,  Kerajaan Sarawak menyambut baik cadangan Indonesia untuk menjalinkan kerjasama dalam industri sawit.

“Memang kita sambut baik cadangan kerjasama antara Indonesia dengan Malaysia dalam industri sawit ini,” katanya kepada media pada Majlis Ibadah Korban N8 Satok di Kompleks Sukan Satok di sini, semalam.

Sebelum ini, Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyatakan bahawa sudah tiba waktunya kedua-dua negara bekerjasama dalam usaha menghalang diskriminasi berterusan Kesatuan Eropah terhadap produk minyak kelapa sawit.

Pada Ahad Abang  Johari menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Indonesia apabila ibu kotanya dipindahkan ke Kalimantan pada 2024.

“Jika kita diperlukan, kita akan berikan kerjasama,” katanya.

Jelas Ketua Menteri, Sarawak akan tetap membantu dan memperkukuh kerjasama  dua hala kedua-dua negara.

Presiden Indonesia Joko Widodo  atau Jokowi baru-baru ini mengesahkan akan meneruskan rancangannya untuk memindahkan pusat pentadbiran negara itu ke Kalimantan.

Indonesia kemungkinan besar akan memilih antara Kalimantan Timur atau Kalimantan Tengah.

Kota utama di Kalimantan Timur ialah Samarinda manakala di Kalimantan Tengah ialah Palangka Raya.

Pemindahan itu diperlukan kerana ketika ini ibu kota 122 juta jiwa itu mengalami kepadatan penduduk dan kesesakan jalan raya yang teruk, selain masalah pencemaran dan kemepdapan.

Pemindahan ibu kota negara 270 juta itu akan menyahpadatkan penduduk di Jakarta dan memberi kesan sosioekonomi yang positif kepada Kalimantan.

Negara yang pernah memindahkan ibu kota atau pusat pentadbirannya termasuk Malaysia, Myanmar, Nigeria, Amerika Syarikat, Rusia, Brazil dan India.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru