Seorang anggota polis dan temannya mendapat kejutan apabila kereta peronda yang dipandunya dihempap oleh seekor beruang.

Akibat insiden itu juga kereta terbabit terlibat dalam nahas dan terbakar.

Kedua-dua pegawai polis itu dalam perjalanan menuju kawasan kejiranan di Orleans selepas menerima laporan kes yang melibatkan dadah apabila seekor beruang tiba-tiba terjatuh atau melompat di atas kereta mereka.

Kejadian itu berlaku semasa mereka tiba di satu benteng yang curam.

Tindakan beruang itu menyebabkan bahagian atas dan cermin hadapan kereta itu hancur.

Kereta itu kemudiannya melanggar tambak sebelum berpusing dua kali dan seterusnya meletup.

Kedua-dua pegawai itu bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dan beruang tersebut juga berjaya melarikan diri.

Kereta peronda dihempap beruang.