BANDUNG: Seorang lelaki ditahan polis di sini kerana mencuri pakaian dalam perempuan di Jalan Babakan Sari, Kota Bandung, sekitar jam 3.00 pagi Isnin.

Jurucakap polis, Kompol Asep Saepudin berkata, suspek memiliki penyakit kelainan seks.

“Ada pun pakaian dalam perempuan yang dicurinya itu untuk memuaskan hasrat seksnya,” katanya seperti dipetik Kompas.

Kepada media, pelaku RA mengaku bahawa sejak kecil ia suka mencium pakaian dalam wanita.

Sampai kini, kebiasaan itu malah menjadi-jadi dan RA nekad mencuri pakaian dalam di empat tempat tinggal perempuan di wilayah Kiaracondong.

Gambar hiasan

“Memang sejak kecil, tapi sukanya seluar dalam wanita yang sudah dipakai,” kata RA lagi.

Menurutnya, ada sensasi tersendiri saat dirinya mencium pakaian dalam wanita.

“Iya ada sensasinya, hasrat seksnya naik, ada kepuasan kalau buat saya sendiri,” terangnya.

Di balik kelainan seksnya itu, RA mengaku memiliki pasangan perempuan, bahkan pakaian dalam pacarnya itu pun kerap ia ambil.

“Punya (pasangan), suka saya ambil pakaian dalamnya juga,” katanya.