PADAWAN: Hubungan rapat terjalin antara penduduk Kampung Darul Islam Belimbing dengan Anggota Tentera Malaysia (ATM) melalui program ‘Majlis Qurban ATM’ di sini, semalam.

Program itu dianjurkan Medan Timur Tentera Darat.

Menurut Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata, ia merupakan kunjungan kedua beliau ke kampung Islam Bidayuh.

“Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara penduduk kampung dengan anggota tentera,” ujarnya.

“Kami akan terus mengadakan program serupa di kampung ini pada masa depan,” katanya lagi.

Jelasnya, melalui program sedemikian, pihak tentera dapat mempromosikan  kerjaya terbabit kepada anak muda tempatan di negeri ini.

Beliau turut menggesa agar lebih ramai anak muda Sarawak memilih kerjaya sebagai anggota tentera.

“Meskipun gaji tak banyak, tetapi sekurang-kurangnya kerja yang kita buat itu demi negara dan agama yang menggambarkan semangat patriotisme dan keikhlasan,” katanya.

Belia ditemui media ketika menghadiri Majlis Ibadah Korban Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Markas Pemerintah Medan Timur Tentera Darat Bersama Penduduk Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan, di sini, semalam.