Thursday, September 29, 2022

38 kes kebakaran di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut terus berlaku di negeri ini semalam

Sebanyak 38 kes sedemikian dilaporkan berlaku di seluruh Sarawak setakat jam 5 petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii dalam satu kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut meningkat kepada 334 kes bagi tempoh 1 Ogos hingga jam 5 petang semalam.

“Jumlah kawasan terjejas adalah seluas 772 ekar yang mana dua rumah turut terjejas iaitu sebuah rumah di Kampung Sedi, Pulau Bruit musnah 100 peratus dan sebuah lagi di Kampung Sangki, Simunjan musnah 10 peratus,” kata beliau.

Kata Tiong lagi, jumlah kes tertinggi sehari dicatatkan pada  ialah 58 kes pada 10 Ogos dan pada 11 Ogos sebanyak 55 kes.

Maksudnya, menurut beliau, JBPM Sarawak bertindak menangani purata  27 kes kebakaran belukar sehari.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru