KUCHING:   Dua orang awam  di sini cuba mencari besi buruk pagi tadi.

Tetapi lain pula yang dijumpai.

Mereka menjumpai satu rangka manusia dengan kesan terbakar di Jalan Pelabuhan, Pending di sini. 

Tentu penemuan itu mengejutkan mereka, lantas mereka pun segera melaporkannya kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata:”Saksi yang mencari besi buruk di kawasan terbuka di sebelah Jalan Pelabuhan menemukan rangka manusia yang telah dibakar.

“Hari ini kita menerima laporan daripada dua orang awam berhubung penemuan rangka manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini 

“Mayat dilaporkan reput dan mempunyai kesan terbakar di bahagian badan,” katanya lagi.

“Difahamkan, tiada sebarang pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan,’ katanya.

Rangka tersebut dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Kes itu diklasifikasi sebagai kes bunuh.