Sunday, September 25, 2022

Pencemaran udara: Miri terus berada dalam kategori bahaya petang semalam

Secara Rawak

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak setakat jam 5 petang semalam menunjukkan IPU ILP Miri terus berada dalam kategori bahaya iaitu 396.

Dalam perkembangan terbaharui petang semalam, IPU di Miri masih mencatatkan status kualiti udara tahap bahaya dengan bacaan 395 setakat pukul 7 petang ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Miri kembali menunjukkan trend peningkatan dengan bacaan lebih 300 sejak pukul 5 pagi tadi.

Majoriti semua kawasan yang lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana sejak pagi tadi.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Bagi kawasan lain di negeri ini bacaan IPU masih di kategori sederhana dengan Miri mencatat 96, diikuti Samarahan (93), Mukah (87), Sri Aman (86), Kuching (85), Sibu (78), Bintulu (77), Sarikei (72), Samalaju (71), Kapit (63) dan Limbang (58).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru