Tuesday, September 27, 2022

Pemindahan ibu kota Indonesia ke Borneo beri manfaat kepada Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan rancangan Kerajaan Indonesia untuk memindahkan pusat pentadbiran negara itu ke Kalimantan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hal ini kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

“Kita tidak boleh campur tangan urusan negara luar. Masa ini kita hanya memerhati keputusan diambil Indonesia.

“Jika kita diperlukan, kita akan berikan kerjasama,” katanya kepada media selepas Program Korban Perdana Majlis Islam Sarawak sempena sambutan Aidilfitri di sini, Ahad.

Foto ST

Jelas Ketua Menteri, Sarawak akan tetap membantu dan memperkukuh kerjasama  dua hala kedua-dua negara.

Presiden Indonesia Joko Widodo  atau Jokowi baru-baru ini mengesahkan akan meneruskan rancangannya untuk memindahkan pusat pentadbiran negara itu ke Kalimantan.

Indonesia kemungkinan besar akan memilih antara Kalimantan Timur atau Kalimantan Tengah.

Kota utama di Kalimantan Timur ialah Samarinda manakala di Kalimantan Tengah ialah Palangka Raya.

Pemindahan itu diperlukan kerana ketika ini ibu kota 122 juta jiwa itu mengalami kepadatan penduduk dan kesesakan jalan raya yang teruk, selain masalah pencemaran dan kemepdapan.

Pemindahan ibu kota negara 270 juta itu akan menyahpadatkan penduduk di Jakarta dan memberi kesan sosioekonomi yang positif kepada Kalimantan.

Negara yang pernah memindahkan ibu kota atau pusat pentadbirannya termasuk Malaysia, Myanmar, Nigeria, Amerika Syarikat, Rusia, Brazil dan India.

Pemindahan dijangka dimulakan pada tahun 2024 yang turut menyaksikan pemindahan sekitar 1.5 juta kakitangan pentadbiran kerajaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru