Miri bahaya, Sri Aman, Sibu tidak sihat

Tidak sihat.

Itulah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Sibu dan Sri Aman  setakat pukul 8 pagi tadi. 

Menurut Jabatan Alam Sekitar, Sibu mencatatkan bacaan 160 manakala Sri Aman 110.

Bacaan IPU bagi ILP Miri pula masih  301, iaitu dalam kategori bahaya. 

Bacaan IPU masih dikategori sederhana, Limbang (55), Miri (98), Mukah (90),  Bintulu (81) Sarikei (89), Samarahan (78), Kuching (77), Samalaju (74), dan Limbang (55).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).