Kuching semakin panas berbanding 10 tahun lalu

KUCHING: Cuaca semakin panas, termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu dibandingkan 10 tahun lalu.

Bahagian ini dijangka berdepan cuaca panas selama 144 hari, peningkatan daripada hanya 131 hari sedasawarsa lalu.

Bagi Kota Kinabalu pula, meningkat sebanyak 17 hari.

Ibu kota Kuala Lumpur dijangka berdepan 270 hari cuaca panas, pertambahan 10 hari berbanding sedekad lalu.

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan dalam The New York Times baru-baru ini, 20 tahun lalu, ibu kota dua juta jiwa itu hanya mencatat 243 hari panas.

Hakikatnya, bandar raya utama di Malaysia mengalami lebih banyak hari semakin panas pada sekurang-kurang 32 Celsius berbanding 10 tahun lalu.

Sebelum ini, pakar kaji cuaca memberi amaran berhubung kemarau melampau dan hujan lebat di negara ini akibat perubahan iklim global jika suhu dunia terus meningkat.

National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) pada awal tahun ini menyatakan tahun 2018 merupakan tahun keempat paling panas yang pernah direkodkan.

Suhu udara global semakin menghangat selama beberapa dekad., beransur-ansur naik dari tahun ke tahun.

Lima tahun yang lalu dari 2014 hingga 2018,merupakan tahun paling panas yang direkodkan dalam tempoh hampir 140 tahun.