KENYA: Satu acara debat yang hangat membincangkan isu kenaikan harga di pasaran Kenya terpaksa dihentikan selepas para hadirin tercium bau kentut.

Bau yang busuk itu menyebabkan segelintir yang hadir pada majlis itu saling menuduh siapa yang kentut.

Ekoran itu pengerusi majlis tersebut terpaksa menghentikan acara itu untuk seketika bagi menenangkan keadaan.

Sebaik sahaja semua hadirin keluar, pekerja diarah menyembur pewangi di bilik tersebut bagi membuang bau busuk akibat kentut terbabit.