Buruk padahnya jika Malaysia dipimpin puak bertopeng dua

0
8

KUALA LUMPUR: Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan tetap berpendirian bahawa DAP  ialah perosak bangsa dan negara.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA itu, DAP akan bercakap lain di depan masyarakat Cina manakala lain pula depan masyarakat bukan Cina.

“Buruk padahnya kalau negara ini terus dipimpin oleh puak-puak yang bertopeng dua ini.

“Hancur negara! ,” tegasnya dalam satu catatan di Facebooknya.

Mike berkata demikian ketika merujuk kepada satu klip video yang tular mengenai Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi yang tergamak memperlekehkan tulisan Jawi dengan mengaitkannya dengan buku-buku lucah.

Mike Chong Yew Chuan

Justeru, Mike yang juga Ketua Pemuda MCA Wangsa Maju membantah sekeras-kerasnya tindakan wakil rakyat DAP itu yang terus bermain api.

“Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan YB (Yang Berhormat) DAP ini yang seumpama sedang bermain api dan langsung tidak menjaga sensitiviti kaum lain dalam negara berbilang kaum ini.

“Anda berhak untuk menyuarakan pendapat anda dalam isu pembelajaran tulisan Jawi dalam sekolah kerajaan, tetapi bukan dengan cara menghina budaya, warisan, tradisi mahupun agama bangsa lain,” katanya lagi.

“‘This is way too much’! Tempelaknya sambil meninggalkan tanda pagar #AsalBukanDap #TolakPemimpinRasis.