Monday, December 5, 2022

Zahirkan erti pengorbanan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bersempena Aidiladha, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s. redha mengorbankan anaknya yang satu, iaitu Ismail a.s.

Katanya, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan marilah sama-sama kita hayati falsafah pengorbanan tersebut.

“Atas keyakinan ia adalah tuntutan dan kehendak Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s. redha mengorbankan anaknya yang satu, iaitu Ismail a.s. Sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan marilah sama-sama kita hayati falsafah pengorbanan tersebut,” dalam ucapan yang disiarkan melalui laman Facebooknya.

“Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar. Selamat hari raya korban,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak untuk sama-sama berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian.

“Marilah sama-sama kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian kita dengan menyahut seruan Ilahi dan Rasul-Nya dalam memenuhi tuntutan iman dan takwa terhadap Allah Yang Maha Esa.

“Berhati-hati ketika di jalan raya bagi mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pandulah dengan cermat agar selamat sampai ke destinasi.

“Selamat Mengerjakan Ibadah Haji bagi semua jemaah haji dari Malaysia dan seluruh pelusuk dunia serta Selamat Menunaikan Ibadah Korban.”

Beliau turut berdoa semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT pada hari yang penuh kesyukuran ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru