Terdapat beberapa tarikh penting rakyat Malaysia! Selain hari perayaan agama seperti Hari Raya  Aidil Fitri, Hari Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Gawai Dayak.

Tarikh tersebut ialah tarikh bersejarah, iaitu Hari Kebangsaan Negara. Hari kebangsaan Malaysia 31 Ogos, iaitu tarikh Persekutuan  Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada kolonial Inggeris.

Tarikh tersebut  disebut sekitar 7 kali sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 16 September 1963 pula ialah tarikh pembentukan Malaysia  dibentuk secara rasmi.Justeru, 31 Ogos selepas itu disebutkan sebagai Hari Kebangsaan Negara. Hal ini kerana Sabah dan Sarawak selepas September 1963 sudah sama-sama membentuk  Malaysia.

Bagi penduduk Semenanjung 31 Ogos sangat bermakna dan ini dapat difahami kerana dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, inilah tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Banyak sejarah ditulis  mengenai liku-liku sebelum mendapat kemerdekaan tersebut.

Penulisan Sejarah

Gambar hiasan

 

Berdasarkan perjalanan sejarah tersebut, terdapat penulisan sejarah  yang dikaji daripada pelbagai aspek termasuklah dari segi sejarah secara umum berdasarkan tema dan tempoh tertentu. Terdapat juga berdasarkan penulisan biografi sejarah melalui penekanan terhadap sumbangan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan.  Nama-nama seperti Ramlah Adam, Khoo Kay Kim, Zainal Abidin Abdul Wahid hingga ke nama sarjana barat seperti William R. Roff dan Tregonning.

Selain itu, bentuk baharu penulisan sejarah berdasarkan konsep sejarah rakyat sebagaimana cuba dikemukakan oleh S. Husin Ali yang focus kepada perkembangan  nasionalisme yang cuba memasukkan golongan yang terpinggir dalam penulisan sejarah kerana didakwa lebih mengutamakan golongan elit dan bangsawan.

Pendekatan berdasarkan  disiplin sejarah sosial iaitu  kajian perubahan sosial melalui sejarah juga.   Dengan kata lain bentuk pemahaman dan penulisan  sejarah Melayisa dilitulis berdasarkan konsep sains sosial. Ini bermakna ia cuba melakukan dekonstruksi konsep berdasarkan  hafalan tahun, peristiwa atau kronologi yang terlalu rigid.

Sebaliknya penekanan lebih kepada tema-mena, wacana-wacana terpilih yang berkaitan dan relevan  untuk dikaitkan dengan proses, perubahan, dan aspek transformasi serta kesannya dalam sejarah.

Aspek tumpuan  ialah perubahan struktur dan institusi,  pembentukan kelas sosial baru, perubahan aspek nilai  budaya dan pelaku sosial apabila proses pra kolonial, kolonial dan pasca-kolonial  hingga ke era globalisasi. Sejarah sosial sehingga terbentuk negara bangsa, identiti nasional, etniksiti dan masalah pembangunan.  Pendekatan ini dianggap baharu akan tetapi sudah ada kecenderungan universiti awam baharu memperkenalkan kursus seumpama ini.

Penulisan Sejarah Sarawak

Bagi penulisan sejarah Sarawak penulisan lebih sedikit lebih-lebih daripada  persekutuan tanah Melayu. Hal ini kerana Sarawak meskipun dianggap penduduknya sebagai  berstatus ‘negara’ namun penulisan sejarahnya masih kurang.

Keterbergantungan  kepada penulisan sejarah yang ditaja oleh kolonial sendiri  seperti penulisan buku A History of Sarawak oleh Sabine Baring Gould  dan C.A Bampfylde. Begitu juga penulisan catatan-catan kembara dan memoir seperti My Life in Sarawak  oleh Ranee Brooke.

Penulisan sejarah tempatan oleh Muhammad Rakawi Yusuf melalui bukunya Hikayat Sejarah yang memaparkan sejarah Sarawak dari kaca mata pengkaji tempatan meskipun terdapat persamaan dengan penulisan Baring Gould.

Sejarawan tempatan Sanib Said menghasilkan  buku Malay politics in Sarawak 1946-1966 ialah antara kajian yang awal dan asli  mengenai sejarah politik Melayu. Minat dalam kajian politik tempatan ini diteruskan apabila beliau menghasilkan  Yang dikehendaki : Biografi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Hj. Ahmad Zaidi Adruce Mohd. Noor.

Jeniri Amir pula menulis buku biografi Tun Abang Sallehudin Abang Barieng dan biografi Datuk Abang Abu Bakar.  Penulisan biografi ini mampu memberikan perspektif tempatan dan memperkayakan pengetahuan pembaca yang dahagakan penulisan berbentuk sejarah tempatan kerana institusi pengajian tinggi  di Sarawak sendiri tidak ada jabatan sejarah yang membolehkan penulisan dan kajian sejarah tempatan berkembang.

Buku  ditulis John Walkers  Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in Sarawak cuba meninjau daripada perspektif sosial dan sejarah Sarawak dan kolonial Brooke.  Sesuai dengan kecenderungan baru dalam dunia akademik, ahli akademik dituntut menulis artikel jurnal berbanding buku. Situasi ini dapat dilihat  dalam pelbagai topik dan isu sejarah Sarawak yang banyak ditulis oleh Dr Suffian Mansor yang kini merupakan ketua Jabatan Kajian Sejarah, Politik dan Strategik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penulisan sejarah tempatan secara aktif  perlu galakan daripada pihak pemerintah sendiri. Apatah ertinya hanya membangkitkan isu  keperluan menulis sejarah tempatan ketika sambutan Hari Sarawak dan Hari Malaysia sahaja namun tidak ada apa-apa langkah susulan  dilaksanakan untuk membantu para pengkaji membuat kajian rumit tersebut.

Sudah tiba masanya jawatan Felo Penyelidik Tamu  di Sarawak State Records Repository diwujudkan untuk membantu para pengkaji  dalam atau luar memberikan fokus kajian Sarawak dalam tempoh 2-6 bulan. Kemudahan penyelidikan  seperti keperluan fotostat bahan meskipun dilihat kecil dan remeh sebenarnya membantu menambahkan lagi koleksi kajian sejarah Sarawak. Banyak wacana penting dan penulisan sejarah Sarawak perlu dihasilkan berdasarkan sumber tersebut!

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga kolumnis di Sin Chew Daily dan Malaysian Insight.