Wednesday, December 7, 2022

Maut selepas bergelut susulan selisih faham selepas kemalangan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki ekoran perselisihan faham antara mereka selepas terbabit dengan kemalangan pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof kejadian berlaku pada kira kira jam 3.40 petang selepas pihaknya menerima maklumat dari Hospital Nilai mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia.

Siasatan polis mendapati punca kematian mangsa berpunca daripada insiden perselisihan faham semasa kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi.
Mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan bergelut dengan suspek lelaki berusia awal 40-an.

Akibat pergelutan, kata Astro Awani, mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Bertindak atas maklumat, suspek dan isterinya yang berusia awal 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru