Masjid Kabong korban tujuh ekor lembu

KABONG: Majlis penyembelihan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha berlangsung selepas solat sunat Aidiladha di sini hari ini.

Pihak pengurusan masjid dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) menumbanglan tujuh ekor lembu untuk dijadikan lembu korban pada tahun ini.

Lembu berkenaan adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd. Chee Kadir.

Chee dan isteri Pn Meryani Haji Yasin seterusnya menyerahkan daging korban kepada ketua kampung untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerima daging berkenaan.

Penyerahan daging korban dilakukan sebaik selesai sesi penyembelihan lembu korban bertempat di Masjid Assabirin di sini kira-kira jam 1 tengah hari.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) Haji Olen Tabor,
Pengerusi Pengurusan Masjid, Ahmad Johar Haji Bidin, ketua kampung dan penerima daging korban.