Monday, December 5, 2022

Hadi: Semoga hari raya ini kita lebih berusaha menguatkan keimanan

Secara Rawak

KUCHING: Hari Raya Aidiladha merupakan hari raya bagi menyambut dua ibadat besar bagi umat Islam iaitu ibadat haji dan ibadat korban yang telah dipaparkan oleh sosok Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.

Menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ibadat haji adalah himpunan tahunan terbesar umat Islam di kota suci yang diwajibkan kepada orang Islam yang mempunyai kemampuan.

Sewaktu melaksanakan ibadat ini, umat Islam akan bertemu pelbagai bangsa dan bahasa umat Islam.

Mesej perpaduan dan keharmonian yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT.

Katanya, pada Hari Raya AidilAdha juga umat Islam dituntut menyembelih binatang ternakan, sebagai simbolik mesej pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai umat Islam terbaik atau Khayra ummah.

“Allah Taala telah menjelaskan ibadat korban itu adalah cerminan kepada taqwa seseorang hamba kepada-Nya. Pengorbanan diikuti dengan ketaqwaan,” katanhya dalam perutusan hari Raya Aidiladha.

“Mudahan hari raya kali ini kita lebih berusaha menguatkan keimanan dan menambah amal soleh sekali gus tetap memelihara tanggungjawab terhadap umat Islam dan masyarakat seluruhnya. Hanya dengan Islam sahaja kita akan berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru