Thursday, September 29, 2022

Lepasan STPM ambil peluang ke IPTA

Secara Rawak

MERADONG: Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) khususnya di Meradong perlu memanfaatkan peluang untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong (ADUN), Datuk Ding Kuong Hiing berkata, mereka perlu memilih bidang pengajian yang bersesuaian bagi memastikan kebolehpasaran dalam alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian kelak.

Menurutnya, pilihan jurusan yang kurang tepat boleh menyebabkan para penuntut mengalami kesulitan setelah menamatkan pengajian.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada rogram Form 6 My Journey To University di Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong, semalam.

Ding menambah, beliau berharap mana-mana pelajar lepasan tingkaan enam yang berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti awam atau swasta memilih bidang sesuai bagi mengisi keperluan pasaran kerja kini.

Jelasnya, kegagalan penuntut memilih jurusan sesuai pada pasaran kerja akan mengundang kepada masalah pengangguran kelak.

Sehubungan itu beliau berharap, mereka bijak memilih bidang yang bersesuaian bagi memastikan tidak berdepan dengan kesukaran mendapat pekerjaan.

Dalam majlis sama, Ding turut menyampaikan isentif masing-masing sebanyak RM100 kepada 164 pelajar SMK Meradong yang menduduki STPM tahun lepas. -Edisi UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru