Thursday, September 29, 2022

Cerapan IPU di Stesen ILP Miri cecah tahap bahaya

Secara Rawak

Status kualiti udara yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menyaksikan satu kawasan mencatat status udara pada tahap bahaya iaitu di stesen ILP Miri dengan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 390 yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar jam 3 petang tadi.

Manakala satu kawasan lagi iaitu Stesen SK Kuala Baram mencatat status udara tidak sihat dan 11 stesen lagi mencatat bacaan sederhana.

Peningkatan ketara IPU di kawasan berkenaan disebabkan berlaku kebakaran di kawasan berkenaan.

Dan bagi kawasan lain peningkatan bacaan IPU adalah disebabkan oleh jerebu rentas sempadan dari negara jiran.

Berikut dipaparkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri petang tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru