Thursday, September 29, 2022

SMK Kabong rangkul Naib juara syarahan dan nasyid peringkat kebangsaan

Secara Rawak

KABONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong yang mewaklili Sarawak merangkul dua anugerah sempena Karnival Dakwah Pengakap Peringkat Kebangsaan di Terengganu pada 1 hingga 4 Ogos lalu.

Anugerah pertama diperoleh melalui Nur Farihah Ahmad Putera @ Sagap dalam acara Syarahan Agama Pengakap Remaja Kebangsaan (kategori perempuan). Dalam acara berkenaan Farihah muncul naib juara.

Manakala anugerah kedua diperoleh melalui kemenangan kumpulan Nasyid Mujahid yang juga muncul sebagai naib juara Pertandingan Nasyid Kategori Terbuka Pengakap Muda Dan Remaja Kebangsaan.

Ketua Kontijen SMK Kabong, Mohd. Tarmizie Alias, ketika ditemui sebaik pulang dari Terengganu hari ini melahirkan rasa gembira dengan pencapaian yang diperoleh pasukan sekolah itu yang membawa cabaran Sarawak pada kali ini.

“Kami amat bersyukur sekali dengan apa yang dicapai di Terengganu. Kita selaku sekolah dari kawasan luar bandar terpaksa berdepan dengan dengan sekolah yang lebih hebat dari seluruh Malaysia. Alhamdulillah peserta kita nyata mempunyai semangat juang yang tinggi dan mampu menyaingi lawan. Meskipun sekadar naib juara tapi ia sudah merupakan pencapaian yang tidak kita jangka memandangkan lawan mereka hebat-hebat belaka dan bukan calang-calang peserta.

“Menggalas tugas sebagai mewakili negeri Sarawak memang satu tugas berat. SMK Kabong ke Terengganu dengan misi sukar. Namun kita bersyukur peserta begitu kuat semangat dan memberikan yang terbaik sepanjang berada di sana.

“Tahniah kepada peserta yang terlibat sepanjang karnival dan terima kasih kepada pihak Pendidikan Negeri Sarawak yang memberi kepercayaan kepada kontijen SMK Kabong untuk mewakili Sarawak pada kali ini, ” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru