Monday, December 5, 2022

Sekarang, ibu kota baharu Indonesia akan lebih dekat dengan Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Republik Indonesia menyenarai pendek tiga wilayah, iaitu Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Selatan sebagai ibu kotanya yang baharu.

Dengan  itu, wilayah Kalimantan Utara dan Barat telah terkeluar daripada pertimbangan Indonesia.

Dalam kenyataannya di Facebook, Jokowi berkata segala aspek pemindahan sedang dikaji secara terperinci.

Jakarta kini sesak dengan 30 juta penduduk serta mengalami kemacetan setiap hari yang mengakibatkan kerugian yang banyak dari segi produktiviti.

“Selamat siang. Ibu kota negara kita akan pindah. Letaknya di Pulau Kalimantan,” kata presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

Kini Jokowi sedang mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia.

Jokowi menang pilihan raya Presiden pada 17 April lalu untuk memerintah bagi penggal kedua.

“Di mana pastinya, sejauh ini telah mengerucut ke salah satu provinsi: bisa di Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Selatan,” kata Presiden Indonesia Joko Widodo.

Kalimantan mempunyai lima kota iaitu Palangka Raya, Samarinda, Tanjung Selor, Banjarmasin dan Pontianak.

Jelasnya, Indonesia juga,akan belajar daripada pengalaman negara lain yang memindahkan ibu kota negara masing-masing.

Antara negara yang telah memindahkan ibu kotanya ialah Myanmar, Nigeria, Benin, Jammu dan Kashmir, Bolivia dan Georgia.

Pemindahan ibu kota baharu negara 270 juta jiwa itu akan memberi kesan sosioekonomi kepada Sarawak dan Sabah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru