Monday, December 5, 2022

Mencuri elektrik amat berbahaya, langgar undang-undang

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam satu kenyataan menegaskan mencuri elektrik amat berbahaya dan meragut nyawa serta harta benda, selain kerugian.

Sehubungan itu, katanya, SEB akan memantau penggunaan elektrik setiap bulan dan tindakan akan diambil jika terdapat penggunaan yang tidak normal dikesan.

“Pemeriksaan meter dan operasi akan terus dijalankan di seluruh Sarawak bersama agensi terlibat bagi mengekang kecurian elektrik di negeri ini,” katanya lagi.

Justeru, pengguna dinasihati supaya tidak mempercayai mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan bagi mengurangkan kos elektrik.

“Pemilik akan dipertanggungjawab ke atas kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan kerana meter elektrik didaftarkan di bawah nama mereka,” tegas SEB dalam kenyataan berkenaan.

Orang ramai juga boleh melaporkan kepada SEB jika terdapat maklumat berkaitan aktiviti mencuri elektrik di 082-443535 yang mana semua maklumat akan dirahsiakan.

Dalam kejadian terbaharu sebuah premis penyimpanan sejuk beku di Miri dikesan mencuri elektrik dalam satu serbuan yang dijalankan pasukan pemeriksa meter oleh SEB baru-baru ini.

Operasi itu dijalankan bersama Unit Pemeriksa Elektrik (EIU) Kementerian Utiliti dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas waran untuk menggeledah dikeluarkan Mahkamah Majistret bagi memasuki premis tersebut yang dipercayai mencuri elektrik berdasarkan pengawasan bulanan yang dijalankan dan maklumat orang awam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru