Thursday, September 29, 2022

Jambatan Long Lama diberi nama sempena Allahyarham Tok Nan

Secara Rawak

MARUDI: Kerajaan Sarawak bersetuju menggunakan nama mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) untuk jambatan Long Lama.

Pengumuman nama jambatan, Pehin Sri Haji Adenan bin Haji Satem itu dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika beliau berucap merasmikan Projek Berimpak Tinggi di DUN Telang Usan – Jambatan Long Lama, Sungai Baram, semalam.

Abang Johari berkata, nama Tok Nan dipilih sebagai mengenang jasanya yang meluluskan pembinaan projek itu, serta atas kehendak penduduk Baram untuk menggunakan nama beliau.

Tambah beliau, ada pihak yang sekadar tahu menabur janji untuk memberi 20 peratus royalti minyak dan gas kepada Sarawak.

Sebaliknya, pembinaan jambatan ini sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang komited memastikan projek yang dijanjikan akan terus dibangunkan dan disiapkan untuk manfaat semua, terutamanya penduduk di luar bandar.

Terletak kira-kira 140 kilometer dari bandar raya Miri, jambatan itu dibina dengan kos RM67.1 juta.

Dalam pada itu, beliau yakin dengan adanya jambatan itu nanti, pasti akan memacu ekonomi di pekan Long Lama dan Baram amnya dengan adanya akses jalan raya yang baik antara Miri, Marudi dan Baram.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru