GUANGDONG: Sekumpulan doktor di Shenzhen, wilayah Guangdong berjaya mengeluarkan sebatang berus gigi dari perut seorang lelaki yang menelannya kerana hendak membunuh diri kira-kira 20 tahun lalu.

Berus gigi tersebut sudah berubah warna menjadi hitam dipenuhi oleh batu karang.

Bahagian bulu berus itu juga sudah hancur semasa ia dikeluarkan.

Pesakit tersebut kini sudah berusia 50 tahun.

Dia mengalami kemurungan kira-kira 20 tahun lalu, menyebabkannya cuba membunuh diri dengan menelan berus sepanjang 14 sentimeter itu.

Setelah pulih dari penyakit kemurungannya, lelaki itu terus lupa dengan berus gigi yang ditelannya kerana dia memikirkan ia sudah larut.

Namun, pada Jun lepas lelaki itu berasa sihat dan terus ke hospital.

Setelah melakukan imbasan doktor menemui berus gigi tersebut di dalam perutnya.

Berus gigi itu dikeluarkan dengan cara pembedahan.