Thursday, September 29, 2022

Cara elak diri jadi mangsa jenayah siber

Secara Rawak

MIRI: Staying Safe Online Campaign 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang (MITeC) Sarawak penting dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai cara-cara mengelak dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, program itu amat penting untuk menyiapkan diri masyarakat umum ketika menghadapi sebarang kemungkinan jenayah siber atau dalam talian.

“Penganjuran kempen tersebut juga merupakan salah satu daripada komitmen MITeC dalam melaksanakan tindakan dan agenda promosi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai risiko jenayah siber,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Staying Safe Online Campaign 2019 di Dewan Serbaguna Kompleks Islam Sarawak Miri, semalam.

Ripin menambah, jenayah siber merupakan satu isu yang semakin meningkat dari masa ke semasa dan memberikan impak negatif kepada masyarakat umum.

Katanya, penipuan dalam talian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ia semakin berleluasa berlaku pada masa kini.

“Ini ekoran daripada pendedahan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada pihak tidak bertanggungjawab yang akan menggunakan maklumat tersebut.

“Antara faktor utama penyumbang jenayah siber masa kini ialah kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat,” katanya. -Edisi UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru