Thursday, September 29, 2022

10 banduan dipilih jalani latihan tenun songket Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah menyambut baik pelaksanaan bengkel penenunan songket Sarawak untuk para banduan muda terpilih dalam penjara.

“Ini program yang baik yang bakal dilaksanakan pihak penjara Sarawak untuk memberi latihan kemahiran dalam kalangan banduannya,” katanya.

“Saya yakin bengkel ini akan berjaya menjadikan Penjara Puncak Borneo sebagai hab pengeluaran tenunan songket Sarawak seperti yang dihasratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Pengarah Penjara Negeri Ajidin Salleh di Bangunan Baitulmakmur di sini semalam.

Pihak penjara juga menjalankan aktiviti sukan, kebudayaan dan penekanan akademik bagi pesalah juvana.

Menurut Fatimah, tiga pegawai penjara akan menjalani latihan selama empat bulan di Centex mulai bulan depan untuk mempelajari tenunan songket Sarawak.

Fatimah turut mengundang kumpulan kebudayaan dari penjara tersebut untuk membuat persembahan pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak pada 28 September depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Sebagai projek perintis, 10 banduan Penjara Puncak Borneo dipilih yang menjalani hukuman lebih daripada tiga tahun,” jelasnya.

Terdapat enam penjara di Sarawak, iaitu di Limbang, Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman dan Puncak Borneo dengan keseluruhan banduan 3,132 orang.

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru