Thursday, September 29, 2022

Usaha baik pulih rumah rakyat miskin giat dilakukan kerajaan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Dua buah rumah di bawah Projek Kecil Luar Bandar-Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) bagi DUN N.8 Satok telah berjaya dibaiki mengikut keperluan masing-masing.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok, Ibrahim Baki berkata dua buah rumah tersebut adalah daripada 30 buah rumah yang terpilih di dalam fasa pertama.

Menurutnya lagi projek tersebut dimulakan pada awal tahun ini di dalam dua fasa di mana fasa kedua akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Sumber Tun Openg, semalam.

Tambahnya setiap rumah diagihkan wang penambahbaikan sebanyak RM15,000 dan peruntukkan bagi 30 rumah dianggarkan sebanyak RM500,000.

Ujarnya lagi RM1 juta telah diperuntukkan bagi kedua-dua fasa projek tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru