Thursday, September 29, 2022

Tipu di Facebook: Lelaki di Sibu rugi RM8,000

Secara Rawak

SIBU:  Bagai tiada hari tanpa penipuan.

Terbaharu, seorang lelaki berusia 37 tahun di sini memilih iklan perkhidmatan pinjaman di Facebook yang mengalami kerugian RM8,571.

Penyelia syarikat perkapalan itu u menghadapi masalah kewangan, dan melihat iklan perkhidmatan pinjaman melalui Facebook yang difikirkan dapat memberi jalan keluar kepadanya.

Namun, akhirnya beliau terjebak dalam masalah lebih besar selepas berurusan denan seorang lelaki yang dikenalinya sebagai ‘Kevin’ pada 25 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu yang tertarik dengan tawaran kadar faedah serendah 4.2 peratus itu telah bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM120,000.

Katanya, pengadu membuat tujuh transaksi mulai 1 hingga 6 Ogos.

“Pinjaman wang itu adalah kerana pengadu bercadang mahu menjelaskan tunggakan pembayaran kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Pengadu tampil ke balai untuk membuat laporan polis selepas menyedari dia tertipu oleh lelaki berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru